Saturday, December 22, 2007

MODUL LCA/ACT















Foto: Renungan tajam pak Belang berbeza dengan renungan si anak kecil...

Mesej: Sekalipun seekor harimau yang ganas jika dilatih oleh pelatih yang hebat maka ia boleh dijinakkan... tersilap latih pelatih dilahapnya...
Fitrah manusia berbeza sekali dengan harimau tapi jika tersalah didik...manusia boleh adi lebih buas dari harimau...harimau tak pandai rasuah, harimau tak pandai belit masa pilihanraya, dia tahu bila lapar dia kene kejo...bukan semua yang dikejo dapat...tapi manusia yang tersalah didik...alamak...harimau pun dia makan...jadi ... harimau pun lari kalau dia jumpa manusia macam ini.. Contohnya pemburu di Afrika...dan pemburu di KL, Jakarta pun ramai...Tak boleh edar narkoba ..dia suap mulut orang yang berkenaan dengan harimau...Ok kesimpulannya LCA/ACT cuba membawa modul yang mahukan akhirnya harimau jadi seperti harimaulah dan manusia tetap manusialah tapi.. yang berakhlak mulia...Semua orang inginkan ini... Kami belum bercadang dan belum bersedia melatih harimau berkaki empat...


Foto ini: Manusia juga jika dilatih badan jadi besar berotot dan tegap...juga.....inilah hasil training dan disiplin...mungkin kalo dia menjerit sekuat hatinya...harimau pun pening ...Siapa yang lebih kuat jeritannya maka dialah yang menang...apatah lagi kalo berani menatap mata harimau...
Dalam LCA/ACT modulnya mengajak kita tanpa sedar membina kekuatan dalaman sehingga apabila dia maju ke depan dia tak akan mundur...Kalo berniaga dan dia rugi dia masih bersabar dan terus mencari jalan bagaimana mahu selesaikan masalah/solusi ...Plan A,B, C dan seterusnya...Inilah strategi... Sun Tzu...ketika Dinasti Ming, beliau telah beraya memberi idea bermutu pada masa itu hingga dikenali sampai hari ini Sun Tzu."Win without war"" Pendekatan Kaizen di jepun juga sama........Falsafah ini lebih menekan kepada proses...bukan natijah...



Robert Kiyosaki pula telah berjaya menciipta satu game yang sangat popular iaitu "cashflow game" dan dari gamelah tercetusnya beberapa buah buku.....termasuk Rich Dad Poor Dad....
Tubuh biliau biasa sahaja tapi aqalnya...hebatttt...berapa juta orang telah dapat sedar dari training, buku dan game beliau..



Salah satu game yang amat berkesan untuk merubah paradigma hidup......
MODUL LCA/ACT

TUJUAN (LCA-Latihan Cashflow AMiiN ATAU ACT - AMiiN CAshflow Training)
Melahirkan usahawan Muslim yang haqiqi (UMH)

Objektif Dasar LCA/ACT “membina usahawan Muslim yang haqiqi (UMH)”

(At-tin,”Sungguh,kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”)

LCA/ACT - akan memandu peserta untuk memahami konsep kejadian insan yang sempurna dan akibat dari hilangnya kesempurnaan ini. UMH – harus terbina dari keseimbangan insan dan inilah kelayakan pertama untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

LCA/ACT – Menyediakan modul yang mengambil kira kesempurnaan insan (spiritual,intelektual,emosional dan fizikal) dan ianya ditingkatkan secara seimbang/tawazzun melalui latihan yang santai,konsistan serta bertahap. Latihan asas selama 4 ke 5 jam akan meransang dan membangun kesedaran bawah sedar hingga secara bertahap berlaku perubahan dalam sikap seseorang untuk menjadi Usahawan Muslim Haqiqi. Syarat pertama untuk layak menjadi (UMH) – wajib memahami konsep Islam yang sempurna ini.
Foto: Modul LCA/ACT - bagaikan kita mula belajar naik basikal di jalan yang berlopak...seluruh indera berfungsi untuk memastikan kita dapat bawa basikal sekadar yang termampu....

LCA meransang aqal dan fizikal yang dikurniakan Allah untuk memahami, menilai dan bekerja menurut neraca iman
Sebagai seorang usahawan Muslim
- jelas berapa pendapatan sebulan?
- jelas berapa kos hidup sebulan?
- jelas berapa aliran tunai sebulan?
- jelas rincian hutang dan aset?

Apakah solusi terbaik jika ada yang tidak selesai dari beberapa poin di atas? LCA/ACT –meransang anda berfikir, berbincang,bekerja (fizikal yang sihat) dan berdoa agar semuanya tercapai sesuai dengan apa yang anda impikan….
Fizikal yang sehat menjana aqal yang kuat .Jadi makan, minum,rehat,exercise,kesihatan dijaga dengan seimbang dan teratur.Menikmati hidup juga adalah dari keseimbangan fakulti insan.

LCA- memberi gambaran akhlaq seseorang samada buruk atau mulia.

Anda tidak akan dapat mengawal emosi kebiasaan akhlak anda ketika berbelanja atau mendapat peluang atau musibah yang melanda hidup anda.

UMH – mampu mengawal emosi kerana:
Niat menjadi usahawan adalah kerana Allah semata-mata.
Tenang ketika mendapat peluang dan tidak tamak ketika memperoleh hasil.
Bersabar ketika menerima musibah dan beringat ketika senang.
Memenuhi tuntutan zakat dan membantu orang lain sekadar termampu.
Tidak sombong ketika miskin dan bermegah ketika kaya.
Menjalani hidup sesuai dengan kemampuan yang ada.
Samhan (toleran) ketika menjual dan membeli
LCA- memperlihatkan kehalusan budi dan rasa serta pemahaman tentang konsep Ibadah seseorang.

UMH – menjaga hal dibawah:
Berbuat sesuatu hanya ikhlas mencari keredhaan Allah.
Tidak meninggalkan ibadah yang khusus dan ibadah yang umum.
Meyakini bahawa menjadi usahawan muslim yang berjaya adalah ibadah dan apa juga usaha yang syarai’ bagi mencapainya adalah ibadah.
Perihatin dengan orang lain ketika musibah menimpa seperti hilang pekerjaan,hutang yang bertambah,bercerai,tindakan mahkamah dll.
Merasa jijik dengan menipu, benci dengan rasuah dan merasa hina dengan kezaliman dalam bermuamalah
Mencatat hutang dengan 2 saksi, meminta dan membayarnya seperti yang dijanjikan adalah ibadah.

LCA/ACT – menyingkap tahap pemahaman tentang Jihad yang umum dan jihad iqtisadiah seseorang.






Foto: Bro. Adnan Oktar - pemikir yang telah berjaya menyampaikan mesej ke seluruh dunia dan dia berjaya juga sebagai seorang usahawan Muslim...




Jika ada rezqi e-s2u boleh undang dia datang..dan memberi motivasi kepada kita..Mesejnya telah sampai ke seluruh dunia dan semakin banyak pihak yang menterjemahkan buku beliau. Inilah contoh pengusaha sukses...dan beliau telah membuktikan diri serius berjihad di bidang yang dia kuasai...dia berjaya...alhamdulillah...
UMH – menyedari fakta di bawah:
Hidup dan mati yang mulia apabila kita terus menerus menyampai dan mengajak manusia kepada kebenaran ekonomi Islam.
Mengajak manusia bermuamalah ,mencari peluang, berbelanja, menerima ujian dan
sebagainya dengan berlandaskan syara’ adalah urusan harian dan terus dilaksanakan setiap masa tanpa jemu sehingga ekonomi Islam teruja di muka bumi ini.
Berkomitmen menjaga keharmonian rumahtangga,jiran tetangga dan saudara mara sepanjang masa.
Menjana aktiviti ekonomi ummat di mana sahaja dan menjadi model kepada masyarakat.
Mengingatkan manusia tentang apa saja yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat tanpa mengira siapa kita di dunia ini.
Jihad dan Dakwah-menegakkan amar makruf nafi mungkar
Memahami konsep jihad yang umum dan jihad Iqtisadiah,mengamalkannya dan menyebarkannya adalah tuntutan Islam.
Menjadi usahawan Muslim yang lemah adalah sesuatu yang memalukan dan wajib merubahnya dengan segala kemampuan yang ada.
Berusaha menjadi usahawan Muslim yang kaya serta mampu membantu orang lain adalah suatu kemuliaan.

Foto: Syekh Yusuf Qardhawi menjelaskan Konsep Dakwah yang jelas dan buku beliau Khusus tentang konsep ekonomi " Peranan Nilai dan Akhlak dalam perekonomian Islam " sangat memberi kesan dalam modul LCA/ACT..






LCA/ACT– mendedahkan tentang pemahaman dan konsep dakwah yang difahami.Ianya akan kelihatan diwaktu susah,senang dan kaya.
UMH – harus memilikinya:
Hidup dan mati yang mulia apabila kita terus menerus menyampai dan mengajak manusia kepada kebenaran ekonomi Islam.
Mengajak manusia bermuamalah ,mencari peluang, berbelanja, menerima ujian dan sebagainya dengan berlandaskan syara’ adalah urusan harian dan terus dilaksanakan setiap masa tanpa jemu sehingga ekonomi Islam teruja di muka bumi ini.
Berkomitmen menjaga keharmonian rumahtangga,jiran tetangga dan saudara mara sepanjang masa.
Menjana aktiviti ekonomi ummat di mana sahaja dan menjadi model kepada masyarakat.
Mengingatkan manusia tentang apa saja yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat tanpa mengira siapa kita di dunia ini.

LCA/ACT – memandu kita untuk keluar dari kemelut harian
Karektor usahawan Muslim yang haqiqi harus mampu keluar dari kemelut harian-

Bebaskan diri dari sebarang bentuk hutang yang merugikan
Meningkatkan sumber pendapatan sehingga aliran tunai melebihi dari kos hidup setiap bulan.
Menambah aset dari sumber yang halal dan berbelanja untuk manfaat yang maksima bagi ummat.

LCA/ACT– membina usahawan Muslim keluar dari kemelut harian kepada kehidupan orang kaya yang bertaqwa.
Karektor usahawan Muslim haqiqi akan mampu:
Menjadi kaya raya (spt Abd Rahman b. Auf).
Bijak mengambil peluang dan mengurus peluang.
Amanah dan berkata benar dalam semua urusan
Meningkatkan skil pengurusan,negosiasi,kemanusiaan dan investasi
Tidak bakhil dan tidak juga boros
Mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri
Istiqamah berdisiplin dan profesional ketika susah dan senang
Menjadi contoh yang baik kepada orang lain
Terus meningkatkan diri sebagai hamba Allah melalui zikir,membaca quran dan amalan sunat.

Foto: Apakah nilai sukses berdasarkan kereta atau beban yang sangat merugikan...rata-rata kereta mewah dimiliki bukan dari pasif income...tapi aktif income..jadi dia bekera 24 jam semata-mata nak pertahankan sebuah kereta..Dari LCA/ACT kita akan faham bagaimana memiliki kemewahan dari pasif income..

Tanggal 28 Jan 2008. LCA/ACT perdana di Bandung telah diadakan.


Pak Mus semasa training..dan semua mendapat sijil dan langkah seterusnya di followup oleh team admin Bandung.

Sijil/Sertifiket yang diberi setelah training hampir 6 jam.


Bahan training yang disediakan...

Penutup
Meramaikan usahawan Muslim haqiqi bukan suatu mimpi kerana ianya telah terbukti sebelum ini dan terus lahir di merata negara di dunia . Cuma ianya tidak kelihatan kerana tenggelam di sebalik kapitalisma dan taikoon pejuang kapitalisma yang menguasai hampir seluruh institusi ekonomi dunia.

Ayuh sdr/sdri, kita bangun dan bersatu membina UMH ( Usahawan Muslim Haqiqi) di mana sahaja sehingga sistem ekonomi Islam diterima dan masyarakat menolak sistem kapitalis yang ada sekarang.
LCA/ACT - akan diadakan pada setiap bulan di Malaysia dan Indonesia. Sila dapatkan info dari http://www.e-s2u.com/ atau hadir taklimat hati ke hati e-s2u di Bilal Restoran Masjid India setiap minggu Jumaat dan Sabtu jam 5 ptg.
Kami bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada semua pihak untuk melatih pelatih (tft) di mana sahaja. Semoga Allah menerima amal kita dan memudahkan urusan kita. Amin.

No comments: