Friday, December 21, 2007

FOKUS AMiiN GROUP

Amiin Group (Amanah International Network) nama yang berasaskan kepada kesedaran peri pentingnya sebuah wadah network yang berkomitmen ,amanah dan konsistan dengan visi serta misi mulia perniagaan ini.
• Ianya di daftarkan secara rasmi di Surahan Jaya Syarikat Malaysia di atas nama AMIN DOT COM ENTERPRISE pada 30 hb OKT 2007.NO. pendaftaran 001719006-H. Jenis perniagaan ekspot dan Import, pemasaran produk OIC, pembekal alatulis dan bahan mentah ke jabatan kerajaan dan agen komisi am.
• Website rasmi: http://www.amin2u.com/ (aktiviti umum amin) dan http://www.e-s2u.com/ (global online marketing)





Link web :www.amiingroup.blogspot.com dan http://www.amiinbooksonline.blogspot.com/



Foto diatas dipilih
adalah sebagai suatu mesej betapa hina dan deritanya kehidupan anak-anak Palestine di Gaza.Betapa bertuah anak-anak kita yang dapat menikmati kebebasan, keceriaan dan kasih sayang. Anak kita kadangkala terlalu mewah hidupnya sehingga mereka tidak punya rasa betapa nasib saudara mereka di Gaza..Apatah lagi..jika game online penuh dalam fikirannya. Samada kita sedar atau tidak. Bro,,,tanyalah anak-anak kita yang di rumahnya ada komputer atau yang rajin ke tempat game cc...siapakah anak di foto ini..? pasti dengan spontan mereka menjawabnya..."tak Tahu, tak tahu..tak tahu..

Hikmahnya...kita patut merenung dan menerima hakikat bahawa zaman ultraman atau apa namanya dulu...sudah berlalu...inilah realiti...dan kita harus faham serta punya pendekatan dengan anak-anak kita sekarang tak sama seperti ayah ibu kita dulu mendidik kita, dunia sudah berubah...!!
Aspek yang lain kita harus faham bahawa kemajuan ini bagaimana kita dan keluarga kita boleh/bisa tunggangi untuk kemuliaan?? Yang dikhuatirkan...kita ditunggangi oleh kemajuan ini sehingga dalam episod game anak-anak kita ialah akan ada seorang hero yang boleh selesaikan semua masalah mereka dan dunia...ini mesej yang tanpa sedar....anak-anak kita dibawa jauh dari tabie insan mereka sebagai hamba Allah dan sensetif dengan nasib sdr mereka yang lain..Mereka akan hilang rasa kerana otak mereka terlalu banyak berhubung dengan dunia maya yang kaku ...inilah yang dikhuatirkan...dan jangan sampai ayah dan ibu mereka bukan hero mereka lagi. Mereka akan lebih sayang kepada game dari ayah ibu, nenek mereka, adik beradik dan teman mereka..So kita harus mendekati dekati mereka bro...dengan cara /level mereka memahami dunia mereka sekarang...cara merotan tak bersebab..dah lapuk dan tak berkesan langsung kepada jiwa mereka...Rasulullah pernah izinkan cucunya Hasan dan Husin naik di belakangnya...sesuai pada masa itu cara mainnya begitu dan jika kita tiru Rasul alangkah baiknya. Dan banyak kali Rasul mencontohkan betapa beliau menyangi anaknya, cucunya, isterinya, iparnya, bapak mertuanya, menantunya dan insan lain lebih dari dirinya. Tidak pernah sebelum tidur Rasul menympan wang dalam sakunya melainkan wang itu disedekahkan kepada insan lain yang memerlukan..Inilah contoh betapa tingginya kepedulian Rasul kepada orang lain..

Bagaimana kita mahu menimbulkan rasa peduli ini kepada anak-anak kita terhadap keluarganya, temannya dll???

Hanya dengan kita memberi contoh kepada mereka..KITA BERIKAN MEREKA MAKAN DULU SEBELUM KITA MAKAN/MINUM, TANYA APA YANG MEREKA MAHU DULU SEBELUM KITA BUAT APA YANG KITA MAHU, BEGITULAH DALAM SEMUA HAL...Ini akan melekat dalam jiwa mereka...
dalam realiti kita adalah raja kadangkala...semua kita mahu paksakan kita dulu, semua kita...akhirnya rasa peduli menipis dan hilang...Kita wajib kembali merenung kenapa anak tidak peduli dengan kita?..JAWAPANNYA ADA PADA KITA..

Bro...Amiin Group melalui sesi training yang telah berjalan selama ini dapat melihat betapa ramai ibu bapa tak sensetif dengan apa yang ada dalam kepala, jiwa anak-anak mereka sehingga hal keluarga bukan lagi prioriti dan masa habis untuk cari fulus, cari nama, cari harta dan bermacam yang dicari....akhirnya....anak jadi mat rempit...dll

SALAH SIAPA???
AMiiN Group cuba menggariskan visi dan misi yang mengambilkira beberapa faktur yang disebutkan di atas...iaitu kita kita perlu faham realiti sekarang...kita perlu faham tabiat manusia umumnya dan asas kemanusiaan itu dasarnya saling memerlukan, saling faham, saling memberi, saling menerima, tak mahu diperbodohkan atau dihina...sama ae..yang namanya manusia . Visi dan misi dilakarkan agar kita dapat menuu ke sana dengan alur kerja yang jelas..apatah lagi kita perlu melalui bermacam liku, onak duri, hutan belantara dan bertempur dengan buaya kapitalis, harimau jantan candu kuasa dan beruang konglomerat yang sudah terbiasa dengan cara main mereka di hutan belantara tersebut..
Diwaktu yang
sama ..Kita juga jangan terpedaya dengan mercu dan orang yang bekerja di mercu kerana belum tentu isi dalam kantongnya sama tinggi mercunya...inilah cashflow...naik mobil besar tapi makan lauk ikan kembung setiap hari...jadi LCA cuba memberi idea keseimbangan antara ganasnya kapitalis dan lemahnya golongan pekerja, golongan bermasalah yang terus menutup mata ketika turun naik bangunan mercu...JADI macamana ni..nak terus begini, nak sengsara lagi atau...ikut LCA/ACT aje.





Visi – amiin menjadi pembina modul training dan jaringan perniagaan yang amanah di tahap antarabangsa.

Misi – melalui LCA (Latihan cashflow Amiin) atau ACT (Amiin Cashflow Training), program yang konsistan dan terus membina pengusaha atau teman yang berminat di mana sahaja sehingga Visi dan Misi Amiin Group tercapai.
Visi dan Misi ini adalah gabungan komitmen dari semua pihak yang memahami nilai amanah , kepentingan training untuk perubahan dan berjuang untuk memertabatkannya di mana sahaja.

Untuk merealisasikannya salah satu pendekatan yang diambil ialah melalui e-s2u.com yang menjadi enjin untuk memperkukuh networking/jaringan yang telah sedia ada di beberapa jaringan sebelum ini. Konsep e-s2u yang berpaksi kepada silaturrahim menjadi fokus utama.

(FOTO - ANTARA KEHIDUPAN MODEN DAN ALAMI WAJIB DIjALIN SUPAYA KEHIDUPAN KITA SEIMBANG dan inilah tujuan LCA/ACT agar kita dapat merasakan betapa pentingnya keseimbangan dalam kehidupan. Dunia dan akhirat, kaya membantu yang miskin dan yang miskin tetap rajin berusaha, orang susah tidak cemburu dengan kesenangan orang yang senang, inilah keseimbangan dan nilai ini sangat ditekan dalam modul LCA/ACT.





















APA ITU LCA/ACT?
Siapa yang sesuai untuk mengikuti (LCA/ACT)?
Direktor syarikat atau leader serta members biasa dalam industri MLM Individu yang sedang mencari peluang baru dalam hidup, pendapatan dan perniagaan Individu yang sedang dilanda krisis kehidupan, kewangan dan perniagaan.


Foto:Robert Kiyosaki -

adalah pencipta "Cashflow game" dan penulis beberapa buah buku yang tersebar ke seluruh dunia. Gagasan beliau telah diterima jutaan manusia kerana nilai universal yang beliau tampilkan dan dari sinilah AMiiN group mengubahsuai ke LCA/ACT supaya lebih sesuai untuk pengusaha Muslim.

Sinopsis tentang LATIHAN CASHFLOW AMiiN (LCA / ACT)

Asal usul LCA/ACT
adalah dari Latihan “cashflow game” latihan santai ilham dari seorang tokoh motivator Robert Kiyosaki beberapa tahun lalu, namun setelah saya belajar dari guru saya Bro Adam...di Jakarta dan kemudian membuat beberapa kali latihan akhirnya ... saya membuat analisa saya sendiri dan di dapati ada beberapa perkara yang sangat asas sudah jauh terpesong terutama bagi seorang Muslim dan pengusaha Muslim. Betapa pentingnya kita berhenti sebentar...merenung sepeti di foto...pondok untuk merenung..Saya yakin hal ini juga telah disedari oleh beberapa pengusaha yang bukan Muslim seperti yang tertera dalam banyak halaman di internet. Ini bukan bermakna saya menyatakan Robert Kiyosaki bersalah tapi bagi saya adalah lebih baik jika nilai-nilai asas dalam perniagaan Islam diterapkan secara lebih real dalam semua aspek yang berkaitan dengan usaha, sebarang peluang dan kesempatan serta segala bentuk nilai dalam kehidupan insan semasa di dunia ini.
Lalu saya namakan “ Latihan Cashflow Amiin (LCA) atau Amiin Cashflow Training (ACT)” dan membuat beberapa penyesuaian yang lebih dekat dengan konteks tempatan atau “local approach” terutama di Asean. Dalam latihan ini fokus diberikan kepada konsep asas bisnes, etika bisnes atau adab bisnes dan beberapa strategi bisnes yang universal yang dipadukan dengan konsep muamalah yang murni berdasarkan nilai Islam.
Saya tidak bermaksud untuk memberi latihan hanya kepada Muslim sama seperti Bank Islam atau Bank Syariah atau apa saja namanya tetapi tetap akan memberi perkhidmatan kepada seluruh ummat manusia sesuai dengan Islam yang dicipta oleh Allah sebagai rahmah bagi alam ini. Latihan ini dirangka bagi tujuan pemahaman yang lebih luas dan nyata (real) dalam dunia usaha dan perniagaan berdasarkan Islam.
Saya tidak menafikan semua pandangan dari mana-mana pihak bahkan beberapa idea dari tokoh-tokoh dunia diambil dan disesuaikan dengan dasar ekonomi Islam. Tokoh terkemuka seperti Sun Tzu yang membangun idea “The arts Of War”, falsafah Industri Jepun “Kaizen”, kisah kejayaan pengusaha bertaraf dunia seperti Bill Gates, Henry Ford, Honda dan ramai lagi semua diadun dan dirujuk kepada buku “Peranan Nilai dan Sistem Moral dalam Perekonomian Islam oleh Professor Dr. Yusuf Al- Qardhawi.
Inilah kelebihan latihan ini di mana para peserta akan dilatih untuk menerima hakikat bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya. Dia memberi kita kebebasan berfikir samada mahu menerima kebenaran atau ingkar, mencari peluang kebaikan atau membiarkannya, melakukan amal kebaikan atau sebaliknya. Latihan ini akan memberi anda peluang melihat, melalui dan mengambil keputusan menurut fithrah anda sendiri. Apakah ada gementar dalam hati anda atau sebaliknya, tepuk dada dan tanyalah iman anda.
Semoga latihan ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyumbang kepada kesedaran dan kecerdasan ummat bermuamalah secara smart dan sukses. Saya akui walaupun sudah hampir empat tahun ,,,saya juga masih banyak perlu belajar...terutama dalam realiti bisnes...Ada beberpa kali masih kena tipu lagi ..dan aduh pusing juga...tapi setelah bertanya kepada Honda...pencipta mobil Honda...alahai apa yang kita lalui ini bagi beliau enggak ada apanya...Cuman memang capek/ letih.....Apa yang kita harapkan...kita terus bergerak, berusaha, berfikir dan sekarang kita bukan sendiri lagi... Segala kekurangan kita baiki bersama dan dengan penuh hormat silalah berkunjung ke halaman web kami di: dan hantar apa juga kritikan dan saranan yang membina ke email kami: amiingroup2003@yahoo.com. atau amiingroup2003@gmail.com. Semoga Allah menerima amal kita semua dan meredhainya.

Foto; Syekh Yusuf Qardhawi.

Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universitas al-Azhar, Fakultas Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Tapi gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972 dengan disertasi "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa modern.
Sebab keterlambatannya meraih gelar doktor, karena dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu. Ia terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakultas Syariah di Universitas Qatar. Pada saat yang sama, ia juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Ia mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.
Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah mengenyam "pendidikan" penjara sejak dari mudanya. Saat Mesir dipegang Raja Faruk, dia masuk bui tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun, karena keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober kembali ia mendekam di penjara militer selama dua tahun.
Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai menciptakan opini umum tentang ketidak adilan rejim saat itu.
Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat putri dan tiga putra. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dan hebatnya lagi, dia tidak membedakan pendidikan yang harus ditempuh anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya.
Salah seorang putrinya memperoleh gelar doktor fisika dalam bidang nuklir dari Inggris. Putri keduanya memperoleh gelar doktor dalam bidang kimia juga dari Inggris, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universitas Texas Amerika.
Anak laki-laki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universitas Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bungsu telah menyelesaikan kuliahnya pada fakultas teknik jurusan listrik.
Dilihat dari beragamnya pendidikan anak-anaknya, kita bisa membaca sikap dan pandangan Qardhawi terhadap pendidikan modern. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universitas Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Sebabnya ialah, karena Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembagian ilmu secara dikotomis. Semua ilmu bisa islami dan tidak islami, tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.
Profil Syekh Yusuf Al-Qardhawi dapat diikuti secara lengkap di situs Hidayatullah.
BLOG ini diurus oleh Amin Dot Com Enterprise untuk kepentingan semua pihak terutama para members dan mereka yang pernah mengikuti LCA/ACT di mana sahaja.

FOKUS blog AMiiN adalah untuk wadah dialog INTERAKTIF tentang konsep training, modul training LCA/ACT DAN beberapa bahan perbincangan topik semasa yang berkaitan dari masa ke semasa. Kami akan cuba respons dengan apa juga persoalan anda secepatnya sekadar kemampuan kami terutama dari segi etika bisnes, strategi bisnes, dan beberapa pandangan dari Dr. Yusuf Qardawi, Sun Tze, Robert Kiyosaki dll.


Foto- salah sebuah banglow di hutan simpan Pahang..Alangkah damai dan segarnya hidup jika yang mendampingi kita hutan yang hijau dan udara bersih penuh ion negatif...Jadi semasa anda mahu mencurahkan pandangan sila bayangkan anda di suasana segar hijau itu...maka insyaallah pandangan juga akan turut damai...Cuman bagi kami silakan aja mahu bicara apa saja...no problem..lebih damai lebih bagus..!!
Contoh pandangan yang damai, saya sendiri terasa amat berkesan dan dapat diterima oleh banyak pihak dan jutaan yang telah mendapat siraman ruhani dari beliau (HArun Yahya)...
Foto: Harun Yahya atau nama sebenarnya Bro. Adnan Oktar -penulis, pemikir dan pendakwah yang patut kita baca bukunya ..."Hakikat di balik Materi/material/kebendaan.. "
AMiin Group persembahkan Konsultasi di blog ini adalah FREE / GRATIS dan segala bentuk perbincangan serta pandangan dari sesiapa sahaja adalah terbuka dan tidak bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Sekiranya terdapat isu yang dibincangkan berkaitan dengan personal seseorang atau kepentingan mana-mana organisasi atau mana-mana kerajaan pihak kami tidak bertanggungjawab atas perkara ini. Kami sediakan wadah bebas untuk anda semua dengan asas nilai profesional kemanusiaan sejagat. "Kita semua adalah hamba Allah dan selamanya kita hamba Allah"


Sila guna wadah ini sekiranya anda yakin visi dan misi kami!!! Kami hanya akan membuktikan kepada anda bahawa kami serius berusaha kearah visi dan misi AMiiN Group. Semoga Allah permudahkan semua!!! Amin..
MUSTAPA MANSOR
Founder AMiiN GrouP
sms/hp:+0123333825 (KL) +6281573456728 (IND)amiingroup2003@yahoo.com
"Nak berubah sebelum banjir bro...!!Dah pilihanraya baru nak ubah pemimpin kerana tak buat kerja soriilah...banjir dulu lah..jawabnya.....basah kuyup..le!!

No comments: